Saturday, July 23, 2011

Band @ Raya


PENGENALAN
Dianjurkan untuk mengasah bakat mahasiswa-mahasiswi UniMAP dan mencungkil bakat-bakat baru yang berkebolehan dalam bidang seni muzik.

TUJUAN
Mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang muzik dan seni suara.

OBJEKTIF
-Sebagai usaha untuk menonjolkan pelajar-pelajar yang berkebolehan untuk menyertai program seni di luar kampus (contoh : MAKUM).
-Memupuk minat pelajar-pelajar UniMAP dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
-Memupuk semangat bekerjasama dan perpaduan dalam kumpulan dan organisasi.

ANJURAN
-Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2010/2011 dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis.
TARIKH, MASA DAN TEMPAT
-Tarikh         : 15 hingga 16 September 2011
-Hari             : Khamis dan Jumaat
-Saringan 1 : 10.00 am hingga 12.00 pm (Khamis)
-Saringan 2 : 2.30 pm hingga 4.30 pm (Khamis)
-Finale          : 8.30 pm hingga 10.30 pm (Jumaat)
-Tempat        : Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar

PENGLIBATAN AHLI PROGRAM
-Pelajar UniMAP
-Institut Pengajian Tinggi di Perlis
-Warga Negeri Perlis
-Kumpulan-kumpulan band

SYARAT-SYARAT AM PERTANDINGAN
  • Penyertaan terbuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS dan warganegara Malaysia kecuali kumpulan professional.
  • Peserta bagi setiap kumpulan terdiri daripada 6 hingga 10 orang.
  • Borang penyertaan hendaklah ditandatangani oleh ketua kumpulan dengan disertakan salinan kad pengenalan berserta yuran penyertaan ketika waktu pendaftaran. Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya kumpulan tersebut menarik diri dari pertandingan.
  • Setiap anggota yang membuat persembahan hendaklah menampilkan imej yang bersih dan mengenakan pakaian yang tidak menjolok mata.
  • Alatan muzik (Hands Instrument) hendaklah dibawa sendiri oleh setiap pemuzik kecuali drum.
  • Penggunaan bahan-bahan atau props yang boleh membahayakan para peserta dan penonton adalah dilarang sama sekali.
  • Pihak penganjur berhak menyingkir mana-mana individu yang melanggar syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan atau menimbulkan sebarang kekacauan sehingga mengganggu perjalanan pertandingan.
LAGU DAN PERSEMBAHAN
  • Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan 1 (satu) lagu sahaja pada peringkat saringan.
  • Pilihan lagu pada peringkat saringan adalah bebas tetapi bersesuaian dan sihat. Lagu-lagu berentak Metal, Black Metal dan Trash adalah tidak dibenarkan.
  • Persembahan pada peringkat saringan mestilah tidak melebihi 5 minit.
  • Peringkat akhir : setiap kumpulan wajib membawa 2 (dua) buah lagu.
    • 1 (satu) lagu  wajib bertema Hari Raya (senarai lagu pilihan seperti di lampiran) dan;
    • 1 lagu bebas.
  • Lagu bebas yang dibawakan pada peringkat akhir hendaklah bersesuaian, tidak berunsur negatif, lirik yang sopan dan tidak menyentuh isu-isu sensitif.
  • Persembahan pada peringkat akhir mestilah tidak melebihi 10 minit.
SISTEM PEMARKAHAN
  • Sistem pemarkahan akan dinilai oleh 3 orang juri yang professional.
  • Para juri terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang kebudayaan dan kesenian.
  • Pemarkahan dikira berdasarkan kategori berikut:
    • Susunan muzik                :    40 markah
    • Vokal                               :    20 markah
    • Kreativiti                         :    20 markah
    • Gaya dan Persembahan    :    10 markah
    • Kostum                            :    10 markah
    • JUMLAH                          :    100 markah
  • Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
YURAN PENYERTAAN
  • Yuran penyertaan bagi setiap kumpulan adalah RM 200.00 (tunai). 
  • Yuran penyertaan hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang penyertaan dan salinan kad pengenalan.
HAL-HAL LAIN
  • Kos perbelanjaan latihan, makanan, penginapan, kostum dan lain-lain lagi adalah di bawah tanggungan sendiri.
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan. kehilangan nyawa dan harta benda serta kecurian sebelum, semasa, dan selepas pertandingan dijalankan.
  • Setiap undian penyokong adalah bernilai RM 0.50. Sebahagian daripada nisbah kutipan iaitu RM0.20 akan didermakan kepada rumah-rumah kebajikan sekitar Perlis.
HADIAH YANG DITAWARKAN
-Pemenang-pemenang dalam Pertandingan BAND@RAYA akan mendapat hamper dan wang tunai seperti berikut:
  • Tempat Pertama : RM 1000.00 + Hamper + Plak + Sijil
  • Tempat Kedua     : RM 700.00 + Hamper + Plak + Sijil
  • Tempat Ketiga     : RM 500.00 + Hamper + Plak + Sijil
-Setiap kumpulan akan disertakan dengan sijil.
-Setiap borang dan yuran penyertaan hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan pada atau sebelum 5 September 2011.
-Segala pertanyaan dan penyerahan borang penyertaan hendaklah dimajukan kepada:
     Urusetia
     Pertandingan BAND@RAYA 
     Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011
     Universiti Malaysia Perlis (UniMAP.


Penyerahan borang boleh dihantar melalui faks kepada:
- 04-9851267 (Jabatan Hal Ehwal Pelajar)
- 04-9852851 (Pejabat MPP Sesi 2010/2011)


PERTANYAAN
- Engku Muhammad Afnan    : 013-4424051
- Syazwani                          : 013-5926751

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Exco Penerbitan, Publisiti dan Multimedia - Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2010/2011 | Best Web Hosting