Saturday, July 23, 2011

Bola Sepak 9 Sebelah dan Bola Jaring

PENDAHULUAN
Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah dan Bola Jaring ini diadakan bersempena Festival Konvokesyen Ke-6 UniMAP pada kali ini untuk memeriahkan lagi festival konvokesyen UniMAP. Kejohanan  ini terbuka kepada semua mahasiswa, IPTA zon utara, ,staf UniMAP, staf IPTA zon utara dan orang awam. Kami berharap agar kejohanan ini dapat membuka mata semua warga UniMAP serta orang awam bahawa sesungguhnya festival konvokesyen pada kali ini bukan sahaja tertumpu kepada aktiviti dan program akademik dan sosial tetapi juga melihat kepada sukan dan sebagainya.

OBJEKTIF
-Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga UniMAP dan orang awam.
-Menambahkan kemeriahan dan keceriaan festival konvokesyen pada kali ini

ANJURAN
- Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2010/2011.
- Pusat Sukan UniMAP.

TARIKH, MASA & TEMPAT
Tarikh     : 17 September 2011
Masa      : 2.00 pm - 11.30 pm
Tempat   :

  • Bola Futsal : Padang Bola Sepak MPKPs, Bersebelahan Hospital besar Kangar, Perlis.
  • Bola Jaring : Gelanggang Serbaguna Majlis Belia Daerah Perlis.

PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
- Terbuka

BOLA SEPAK 9's
Hadiah Yang Ditawarkan:

Kategori Terbuka

- Tempat Pertama    : RM 500.00 + pingat + sijil
- Tempat Kedua       : RM 300.00 + pingat + sijil
- Tempat Ketiga       : RM 100.00 + pingat + sijil

Syarat-syarat penyertaan :
  1. Satu pasukan 11 orang.
  2. Yuran penyertaan hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang penyertaan. Yuran penyertaan: 
    • Terbuka       : RM 100.00
  3. Setiap peserta hanya dibenarkan bermain untuk satu pasukan sahaja.
  4. Pakaian peserta mestilah bersesuaian semasa program dijalankan.
  5. Syarat-syarat dan peraturan permainan tertakluk kepada pihak penganjuran.
  6. Tempoh satu perlawanan adalah 10-3-10, 10 minit separuh masa dan rehat  3 minit.
  7. Format kejohanan adalah bermain secara berkumpulan.
  8. Yuran tidak akan diberikan semula sekiranya sesuatu pasukan itu ingin menarik diri.
*Borang hendaklah diserahkan melalui online ke alamat hafiz_mppunimap@yahoo.com.
*Sila simpan resit selepas pembayaran sebagai bukti penyertaan dan bawa sebelum perlawanan berlangsung.
*Sila sertakan nombor resit pembayaran dan nama pasukan/ketua pasukan.
*Setiap borang dan yuran penyertaan hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan pada atau sebelum
  15 September 2011 melalui akaun Bank Simpanan Nasional.

Nombor akaun BSN ialah : 0110029000247876 



BOLA JARING
Hadiah Yang Ditawarkan :


Kategori Terbuka

- Tempat Pertama    : RM 500.00 + pingat + sijil
- Tempat Kedua       : RM 300.00 + pingat + sijil
- Tempat Ketiga       : RM 100.00 + pingat + sijil

Syarat-syarat penyertaan :
  1. Satu pasukan 11 orang.
  2. Yuran penyertaan hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang penyertaan. Yuran penyertaan: 
    • Terbuka           : RM 100.00
  3. Setiap peserta hanya dibenarkan bermain untuk satu pasukan sahaja.
  4. Pakaian peserta mestilah bersesuaian semasa program dijalankan.
  5. Syarat-syarat dan peraturan permainan tertakluk kepada pihak penganjuran.
  6. Tempoh satu perlawanan adalah 10-3-10, 10 minit separuh masa dan rehat  3 minit.
  7. Format kejohanan adalah bermain secara berkumpulan.
  8. Yuran tidak akan diberikan semula sekiranya sesuatu pasukan itu ingin menarik diri.
*Borang hendaklah diserahkan melalui online ke alamat hafiz_mppunimap@yahoo.com.
*Sila simpan resit selepas pembayaran sebagai bukti penyertaan dan bawa sebelum perlawanan berlangsung.
*Sila sertakan nombor resit pembayaran dan nama pasukan/ketua pasukan.
*Setiap borang dan yuran penyertaan hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan pada atau sebelum 6 September 2011 melalui Bank Simpanan Nasional.


Nombor akaun BSN ialah : 0110029000247876


Pertanyaan
Segala pertanyaan dan penyerahan borang penyertaan hendaklah diajukan kepada:

Urusetia
Pertandingan Futsal Padang & Bola Jaring,
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011
Universiti Malaysia Perlis.

No. Tel (h/p) :
- Siti Zubaidah Bte Aziz (013-7315043)
- Mohammad Hafiz Bin Ahmad Nazri (019-4661243)

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Exco Penerbitan, Publisiti dan Multimedia - Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2010/2011 | Best Web Hosting