Saturday, July 23, 2011

Penajaan Jed

Penajaan ini adalah berdasarkan pertandingan/ program yang akan diadakan sepanjang Festival Konvokesyen Keenam UniMAP 2011

Faedah-faedah berikut akan diterima oleh pihak penaja berdasarkan nilai tajaan:

PENAJA UTAMA
1.     Logo dan nama syarikat akan diiklankan di dalam “banner” pertandingan tersebut sebagai PENAJA UTAMA.
2.     Pihak syarikat dibenarkan mengedarkan ‘flyers’ ataupun ‘brochures’ yang berkaitan dengan pihak syarikat yang menaja sahaja sepanjang pertandingan berlangsung.
3.     Wakil syarikat akan dijemput menghadiri majlis pembukaan pertandingan tersebut.
4.     Wakil syarikat juga akan dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan tersebut.
5.     Nama syarikat akan dicetak di dalam buku Program Festival Konvokesyen Keenam UniMAP sebagai penaja pertandingan.
6.     Pihak syarikat akan diberikan sijil penghargaan
7.     Syarikat akan diberi pelepas cukai.

PENAJA BERSAMA
1.   Logo dan nama syarikat akan diiklankan dalam “banner” pertandingan tersebut sebagai PENAJA BERSAMA.
2.   Pihak syarikat dibenarkan mengedarkan ‘flyers’ ataupun ‘brochures’ yang berkaitan dengan pihak syarikat yang menaja sahaja sepanjang pertandingan berlangsung.
3.   Wakil syarikat akan dijemput untuk menghadiri majlis pembukaan pertandingan tersebut.
4.   Nama syarikat akan dicetak di dalam buku Program Festival Konvokesyen Keenam UniMAP sebagai penaja pertandingan.
5.   Pihak syarikat akan diberikan sijil penghargaan.
6.   Syarikat akan diberi pelepas cukai.

PENAJA
1.     Logo dan nama syarikat akan diiklankan di dalam banner pertandingan tersebut sebagai PENAJA BERSAMA.
2.     Pihak syarikat dibenarkan mengedarkan ‘flyers’ ataupun ‘brochures’ yang berkaitan dengan pihak syarikat yang menaja sahaja sepanjang pertandingan berlangsung.
3.     Pihak syarikat akan diberikan sijil penghargaan.
4.     Syarikat akan diberikan pelepas cukai.


PENAJA YANG MENJANA PROGRAM ATAU PERTANDINGAN AKAN DIBERIKAN KELEBIHAN SEPERTI BERIKUT BERDASARKAN PERMINTAAN

TAJAAN
POTONGAN DISKAUN(%)
HARGA ASAL UNTUK LOT (20’X20’)
HARGA SELEPAS POTONGAN UNTUK LOT (20’X20’)
>RM5000.00
40
RM800.00
RM480.00
>RM4000.00
30
RM800.00
RM560.00
>RM3000.00
20
RM800.00
RM640.00
>RM1000.00
10
RM800.00
RM720.00

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Exco Penerbitan, Publisiti dan Multimedia - Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2010/2011 | Best Web Hosting