Friday, July 22, 2011

Cokmar UniMAP

BUNGA

Pada bahagian atas Bunga Kenanga terdapat mahkota kebesaran Di Raja bagi melambangkan negeri Perlis sebagai sebuah negeri beraja.

Kelopak Bunga Kenanga yang mengembang ke atas diperbuat daripada perak. Lapisan kelopak melambangkan pelbagai jurusan dan kemeriahan graduan yang akan dihasilkan UniMAP nanti. Aroma harum dari Bunga Kenanga adalah diibaratkan ilmu yang dimanfaatkan semua. Enam kelopak bunga melambangkan Rukun Iman. Ia disokong oleh tiga kelopak bahagian bawah yang diukir dengan perak, bermotifkan Bunga Pulut, Bunga Raya dan Bunga Kertas.

Bunga Pulut adalah corak kesenian Melayu yang bercirikan alam. Ia merupakan hasrat universiti untuk menyinarkan cahaya ilmu di rantau ini. Motif Bunga Pulut ini tidak berkesudahan, melambangkan hakikat bahawa menuntut ilmu itu tiada penghujungnya.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Exco Penerbitan, Publisiti dan Multimedia - Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2010/2011 | Best Web Hosting