Saturday, July 23, 2011

Pertandingan Tenpin Bowling



PENDAHULUAN
Kejohanan Tenpin Bowling FestKon 6 akan diadakan pada 17 September 2011 bertempat di Pusat Bowling Kangar (Perlis Bowl). Kejohanan ini dirancang bagi mengeratkan hubungan di antara mahasiswa dan masyarakat terutama kakitangan kerajaan. Selain itu,dengan adanya aktiviti sebegini, mahasiswa akan didedahkan dengan pengalaman yang pastinya akan meningkatkan keyakinan diri yang tinggi dan daya saing secara sihat. Program sebegini juga akan memberi pendedahan kepada mereka untuk berinteraksi dengan masyarakat sekaligus memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada mereka.

OBJEKTIF
    • Mengeratkan dan mengukuhkan ikatan silaturrahim di antara sesama mahasiswa dan masyarakat.
    • Memupuk semangat muhibah dan kerjasama antara MPP dan mahasiswa serta masyarakat.
    • Mewujudkan kondusi persaingan secara sihat bersama masyarakat.
    • Menanam minat mengenai kepentingan serta kebaikan permainan yang mampu meningkatkan skil mahasiswa, dan masyarakat.
    • Mengasah bakat-bakat terpendam pelajar dari segi skil dan teknik bermain.

    ANJURAN
    Exco Kebajikan & Aduan Siswa, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011.

    TARIKH, MASA DAN TEMPAT
    • Tarikh    : 11 September 2011
    • Masa       : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
    • Tempat    : Perlis Bowl, Kangar, Perlis.


    Pertanyaan
    Segala pertanyaan hendaklah diajukan kepada:
    Urusetia
    Pertandingan Tenpin Bowling ,
    Exco  Kebajikan & Aduan Siswa,
    Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011
    Universiti Malaysia Perlis.

    No. Tel (h/p) :
    - Mohd Wafi Bin Nasrudin     : 019-4933472

    0 comments:

     
    Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Exco Penerbitan, Publisiti dan Multimedia - Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2010/2011 | Best Web Hosting