Saturday, July 23, 2011

Syarat dan Peraturan

1)      Bayaran deposit sebanyak RM200 hendaklah dijelaskan semasa membuat tempahan dan pengisian borang menyewa tapak gerai sebelum 14 Ogos 2011.

2)      Kebersihan tapak adalah tanggungjawab pemilik gerai atas nama borang ini dan pemilik perlulah menjaga segala kemudahan yang telah disediakan di tapak Festival Konvokesyen Ke-6 selama program ini berlangsung.

3)      Penempahan khemah adalah mengikut persetujuan yang telah dipersetujui oleh pemilik gerai dan sebarang penukaran adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali tanpa pengetahuan pihak kami. Jikalau berlaku sebarang penukaran tapak, maka denda sebanyak RM200 perlu dibayar kepada Krew Festival Konvokesyen Ke-6 UniMAP.

4)      Wang deposit yang telah dibayar tidak akan dipulangkan kembali.

5)      Bayaran penuh hendaklah diberikan kepada Syamir Alihan B. Showkat Ali (013-5952313)  seminggu lebih awal sebelum tarikh bermulanya Festival Konvokesyen Ke-6 UniMAP bagi mengelak segala kesulitan.

6)      Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kehilangan barang semasa festival ini berlangsung. Walaubagaimanapun pihak kami menyediakan kawalan keselamatan semasa program ini berlangsung.

7)      Waktu perniagaan adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 11.00 malam. Oleh itu sebarang aktiviti perniagaan perlulah ditamatkan sebelum pukul 11.30 malam kerana set generator kami akan dimatikan pada pukul 12.00 tengah malam.

8)      Pemilik gerai TIDAK DIBENARKAN membawa generator sendiri kerana pihak kami telah menyediakan kemudahan tersebut bagi memberi kemudahan kepada pihak tuan/puan.

9)      Bagi pemilik gerai basah, pihak Krew Festival Konvokesyen Ke-6 UniMAP akan menyediakan tangki air untuk kemudahan pihak tuan/puan. Walaubagaimanapun kami tidak dapat menyediakan salur getah untuk disalurkan ke tapak perniagaan pihak tuan/puan. 

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Exco Penerbitan, Publisiti dan Multimedia - Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2010/2011 | Best Web Hosting