Friday, July 22, 2011

Cokmar UniMAP

DAUN

Pada bahagian bawah, terdapat tiga biji permata berwarna asas iaitu merah, hijau dan biru. Ini melambangkan komponen asas dalam menjana kehidupan melalui khasiat semulajadi alam sekitar. Ia juga menggambarkan perkembangan fizikal dan spiritual komuniti kampus.

Sepotong ayat suci AL-Quran yang di petik dari surah Al-Mujaadalah terukir pada bahagian ini. Ayat ini membawa maksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu, dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat, dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan."

Di bawah ayat tersebut terdapat ukiran moto UniMAP iaitu ILMU KEIKHLASAN dan KECEMERLANGAN.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Exco Penerbitan, Publisiti dan Multimedia - Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2010/2011 | Best Web Hosting