Wednesday, August 3, 2011

Pengenalan


Sempena Istiadat Konvokesyen Ke-6 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 17 September 2011, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 (MPP) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) akan menganjurkan Festival Konvokesyen Ke-6 UniMAP. Festival ini membolehkan usaha mempromosi UniMAP supaya lebih dikenali bukan sahaja di dalam negeri, negara malah di peringkat antarabangsa. 

Selain itu ia bertujuan meraikan para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dalam Program Ijazah Sarjana Muda, Program Ijazah Sarjana dan Program Kedoktoran. Kesemua graduan ini kelak bakal menjadi seorang jurutera yang dapat memenuhi permintaan pekerjaan di dalam serta luar negara.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Exco Penerbitan, Publisiti dan Multimedia - Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2010/2011 | Best Web Hosting