Jubah Graduan Sarjana Muda
Jubah graduan Sarjana Muda mempunyai reka bentuk asas yang sama dengan jubah graduan sarjana. Yang membezakan kedua-dua jubah itu ialah jubah graduan Sarjana Muda mempunyai lapel. Jubah graduan Sarjana Muda ini disertakan sekali dengan hood atau selempang yang diperbuat daripada kain satin, dan warna bagi setiap selempang adalah berbeza mengikut pusat pengajian masing-masing. Warna selempang bagi Pusat Pengajian (PPK), Mikroelektronik – oren kekuningan (blazing orange), PPK Pembuatan – merah (Chinese red), PPK Sistem Elektrik – hijau epal (apple green), PPK Bioproses – (turquoise) dan PPK Alam Sekitar – Merah hati (marron). Topi mortal-board bagi graduan Sarjana Muda diperbuat daripada fabrik melton wool dan berwarna biru gelap. Topi ini bergaris pusat tujuh sentimeter dan dihiasi tassel yang warnanya bergantung pada pusat pengajian kejuruteraan masing-masing.
0 comments:
Post a Comment