Friday, July 22, 2011

Jubah UniMAP

Canselor


Warna kuning iaitu warna DiRaja telah dipilih sebagai warna jubah Canselor. Pada bahagian hadapan jubah ini dihiasi sulaman motif bunga-bungaan kuning emas setebal empat inci dan lapan inci pada bahagian kaki dan tangan. Jubah ini turut dilatari dengan logo UniMAP berwarna perak dan berjarak sekata. Renda daun oak berwarna emas dijahit di sekeliling lengan jubah. Lapel jubah dan lining diperbuat daripada baldu kuning serta sutera crepe. Corak sulaman adalah berlatarbelakangkan warna hitam. Topi beefeater bagi Canselor diperbuat daripada kain jubah yang sama dan dihiasi dengan tassel emas 1 karat.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Exco Penerbitan, Publisiti dan Multimedia - Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2010/2011 | Best Web Hosting