Saturday, July 23, 2011

Kempen Masyarakat Cegah Jenayah

PENDAHULUAN
Dewasa ini, kegiatan jenayah semakin berleluasa dan pelbagai insiden dan tragedi yang tidak diingini berlaku hasil daripada kekurangan kesedaran masyarakat di dalam usaha membendung jenayah. Pelbagai jenis jenayah dapat kita lihat pada masa kini menjadikan masyarakat hidup dalam keadaan yang tidak aman dan ketakutan jika tiada usaha pencegahannya. Justeru, bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, pendedahan yang efektif perlu diberikan agar masyarakat sedar akan tanggungjawab masing-masing di dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di negara serba membangun ini. Langkah-langkah pencegahan juga seharusnya ditunjukkan dengan lebih praktikal disamping menyedarkan masyarakat mengenai akibat kelalaian masyarakat di dalam membendung jenayah di sekeliling mereka. Peranan belia juga penting di dalam membantu mengurangkan kadar jenayah dalam kalangan masyarakat dan belia seterusnya menjadi contoh dan teladan yang baik dalam masyarakat.

OBJEKTIF
1.      Memberi kesedaran kepada masyarakat umum mengenai pentingnya pencegahan jenayah dan tanggungjawab mereka di dalam membendung jenayah.
2.      Memastikan jenayah dapat dicegah dengan lebih berkesan di samping menyedarkan masyarakat akibat kelalaian mencegah jenayah.
3.      Mengeratkan lagi hubungan di antara pihak keselamatan negara dan juga masyarakat agar masyarakat mudah berurusan dengan pihak-pihak berkenaan ini.
4.      Memberi informasi dan pengetahuan yang berguna kepada masyarakat dan menunjukkan kewibawaan dan kecekapan Jabatan Keselamatan Negara dalam mencegah jenayah.

TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh              : 17 September 2011
Hari                 : Sabtu
Masa                : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat            : Dataran Dato’ Syeikh Ahmad, Kangar

SASARAN PROGRAM
Pelajar Sekolah Rendah                                                          : 60 orang
Pelajar Sekolah Menengah                                                      : 90 orang
Masyarakat Setempat                                                             : lebih 100 orang


TENTATIF PROGRAM
8.30     pagi     -Ketibaan peserta bengkel dan sesi pendaftaran

9.00     pagi     -Persegaran / Sarapan pagi
                                   
9.30     pagi     -Ceramah daripada pihak IPD Cawangan Kangar
                        -Pameran oleh :
-Cawangan Narkotik
-Cawangan Trafik
-Cawangan Kerjaya
- Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
-Sekretariat Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

                        -Kuiz dan permainan interaktif di setiap khemah pameran
                        -Sesi soal jawab

11.00   pagi     -Penyampaian cenderamata kepada pihak polis
                        -Cabutan bertuah
-Minum pagi

11.30   pagi     -Demonstrasi pencegahan dan tindakan jenayah – SUKSIS UniMAP.
-Demonstrasi pertahanan diri – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

12.30   t.hari    -Berehat dan makan tengahari

2.00     petang -Ketibaan jemputan

2.30     petang -Ceramah daripada Akedemi Koreksi Malaysia
                        -Sesi soal jawab
                       
4.00     petang –Penyampaian cenderamata kepada pihak Akademi Koreksi Malaysia
-Penyampaian sijil penyertaan dan cenderamata kepada peserta
                        -Cabutan bertuah
-Minum petang

5.00     petang -Penutup dan bersurai

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Exco Penerbitan, Publisiti dan Multimedia - Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2010/2011 | Best Web Hosting