Saturday, July 23, 2011

"Convo Photo Challenge"



PENGENALAN
Convo Photo Challenge merupakan antara program yang diselitkan sebagai salah satu aktiviti sempena festival konvokesyen. Program ini diadakan khusus untuk mahasiswa UniMAP bagi memberi sedikit peluang untuk bersaing secara sihat berkenaan dengan alam fotografi sekaligus mempromosikan Kelab Fotografi UniMAP yang baru ditubuhkan.

OBJEKTIF
  • Mengasah bakat mahasiswa UniMAP dalam bidang fotografi.
  • Mempromosikan Kelab Fotografi UniMAP.

ANJURAN
Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2010/2011 dengan kerjasama Kelab Fotografi UniMAP.

TARIKH, TEMPAT & MASA
  • Tarikh    : 13 September 2011 - 17 September 2011
  • Masa       : Sepanjang Tempoh FestKon 6 UniMAP.
  • Tempat    : Lokasi-lokasi festival konvokesyen.

YURAN PENYERTAAN
RM 10.00 (Individu atau berkumpulan)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan warga UniMAP.
  2. Penyertaan secara individu atau berkumpulan.
  3. Membuat pendaftaran selewat-lewatnya 16 September 2011.
  4. Peserta yang menarik diri selepas pendaftaran tidak boleh menuntut semula wang yuran penyertaan.

SYARAT PERTANDINGAN
    1)      Terbuka kepada warganegara Malaysia serta warga Universiti Malaysia Perlis.
    2)      Tema pertandingan : Kemeriahan Festival Konvokesyen Ke-6 UniMAP.
    3)      Peserta boleh menggunakan kamera digital atau kamera analog(kamera film).
    4)      Maksimum bilangan penyertaan bagi setiap peserta adalah sebanyak tiga penyertaansahaja.
    5)      Gambar mestilah dihantar dalam bentuk soft copy dalam cakera padat dengan format JPEG dan sertakan satu salinan hard copy iaitu gambar bercetak berukuran 8" x 10" (8R) diatas Kertas Glossy. (negative scan dibenarkan bagi kamera analog sekurang kurangnya resolusi 300dpi)
    6)  Peserta boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk menterjemahkan maksud tema pertandingan yang dinyatakan dan mestilah memberikan mesej yang jelas melalui gambar.
    7)      Foto harus bebas dari unsurunsur hasutan, fitnah, politik, keagamaan dan semua perkara yang mendatangkan unsur-unsur negatif atau menyinggung mana-mana pihak.
    8)      Gambar komposit, gambar helah, atau apa sahaja imej digital atau manipulasi tidak akan diterima. Hanya tindakan merapikan imej seperti memotong, imbangan cahaya dan warna serta menghalusi dan menajamkan imej sahaja dibenarkan.
    9)      Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu hadiah sahaja.
    10)  Semua karya foto yang diserahkan akan menjadi hak milik penganjur dan penganjur berhak menggunakan foto tersebut untuk apa-apa tujuan di masa hadapan.
    11)  Penyertaan yang tidak menepati syarat dan kriteria tidak akan dipertimbangkan.
    12)  Keputusan pengadil adalah muktamad.
    13)  Sebarang penyertaan boleh berhubung dengan pihak penganjur di talian yang disediakan.
    14)  Tarikh penghantaran bermula pada 14 September 2011.
    15)  Tarikh tutup penyertaan dan penghantaran selewat - lewatnya pada jam 5.00 petang, 16 September 2011 kepada:
    Cik Sarinah Jamil, 014 868 4704 atau
    En. Khairul Amir, 013 461 8596

    HADIAH YANG DITAWARKAN
    1. Tempat Pertama
      • RM 500.00 + sijil penyertaan
    2. Tempat Kedua
      • RM 200.00 + sijil penyertaan
    3. Tempat Ketiga
      • RM 100.00 + sijil penyertaan
    PERTANYAAN
    Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus kepada:

          Urusetia,
          Convo Photo Challenge,
          Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011,
          Universiti Malaysia Perlis.

    No. Tel (h/p):
    - Ismail Bin Hud    : 013-8884824

    Email
    - ismail_mppunimap@yahoo.com

    Facebook search:
    - Festival Konvokesyen ke-6 UniMAP.

    4 comments:

    cik_nini said...

    nnt snap pic nini leklok tyme konvo yek? :)

    makalalag ismail@polixion said...

    haha...boleh2..

    leeeee said...

    HDR boleh diterima?haha...

    Anonymous said...

    Pengarah ICT UniMAP "Tuan Haji" Nasrudin Bin Abd. Shukor dok makan rasuah dengan company Celestra Network Communication jaa...

    http://www.cnc.net.my

    Tiap2 tahun boleh jenjalan luar negara wooo...masyukkk

    Cuba tengok carta organisasi ni.
    Pengarah ICT yg jaga bhgn network.

    http://publicweb2.unimap.edu.my/~ict/images/stories/cartanew.jpg

     
    Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Exco Penerbitan, Publisiti dan Multimedia - Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2010/2011 | Best Web Hosting