Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mencari bakat yang terpendam dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi terutama dalam seni tarian. Selain itu, pertandingan ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi yang lain.
OBJEKTIF
1. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara UniMAP dengan institusi pengajian tinggi yang lain.
2. Mencungkil bakat terpendam dalam kalangan siswa siswi.
3. Memperkenalkan UniMAP kepada orang ramai.
4. Menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh UniMAP.
PENGISIAN PROGRAM
1. Saringan pertandingan
2. Separuh akhir pertandingan
3. Pertandingan akhir
SASARAN
1. Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Zon Utara
2. Politeknik Zon Utara
3. Institusi Pendidikan Guru Zon Utara
TARIKH , TEMPAT & MASA
Tarikh : 15 & 16 September 2011
Tempat : Dataran Dato’ Sheikh Ahmad,Kangar Perlis
Masa : 8.00 pagi – 11.00 malam
Syarat-syarat Am Pertandingan
1. Peserta haruslah terdiri daripada warganegara Malaysia.
2. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar IPTA, Politeknik , dan IPG zon utara Semenanjung Malaysia sahaja.
3. Peserta haruslah berumur dari 18 hingga 30 tahun. Peserta harus memberikan bukti yang sah yang menunjukkan usia mereka seperti yang dinyatakan. Jika peserta lebih muda dari 18 tahun , mereka perlu mendapatkan KEBENARAN ibu bapa atau penjaga untuk menyertai pertandingan ini.
4. Peserta perlulah berada di dalam keadaan kesihatan yang baik dan bebas dari penyakit serius dan tidak mengalami ketidakupayaan fizikal atau mental.
5. Jumlah ahli dalam kumpulan adalah antara 4 orang hingga 6 orang sahaja.
Lagu dan Persembahan
1. Peringkat saringan
i. Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan satu jenis tarian sahaja yang bebas pada peringkat ini.
ii. Pilihan lagu dan tema pada peringkat ini adalah bebas tetapi bersesuaian dan sihat.
iii. Persembahan pada peringkat saringan hendaklah tidak melebihi 6 minit.
iv. 10 buah kumpulan terbaik akan dipilih dari peringkat ini dan akan dilayakkan ke peringkat separuh akhir.
2. Peringkat separuh akhir
i. Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan dua jenis tarian pada peringkat ini.
ii. Tarian pertama haruslah bertemakan Tarian Tradisional Utara Semenanjung Malaysia. Tarian kedua adalah bertemakan Tarian Tradisional Selatan Semenanjung Malaysia.
iii. Pilihan lagu dan gaya tarian haruslah bersesuaian dengan tema tarian yang ditentukan dan sihat.
iv. Persembahan pada peringkat ini hendaklah tidak melebihi 10 minit.
v. 5 buah kumpulan terbaik akan dipilih dari peringkat ini dan akan dilayakkan ke peringkat akhir.
3. Peringkat akhir
i. Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan dua jenis tarian pada peringkat ini.
ii. Tarian pertama haruslah bertemakan 1 Malaysia. Tarian kedua adalah bebas dan tidak sama seperti pada peringkat saringan.
iii. Pilihan lagu dan gaya tarian haruslah bersesuaian dengan tema tarian yang ditentukan dan sihat.
iv. Persembahan pada peringkat ini hendaklah tidak melebihi 10 minit.
4. Lagu haruslah dibawa dalam CD.
Gaya Persembahan
i. Para peserta dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata.
ii. Gaya tarian yang dipersembahkan haruslah bersesuaian dengan tema yang ditetapakan.
iii. Gaya tarian haruslah tidak membelakangkan para penonton.
Sistem Permarkahan
i. Sistem pemarkahan akan dinilai oleh 3 orang juri yang professional.
ii. Para juri terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang kebudayaan dan kesenian.
iii. Pemarkahan dikira berdasarkan kategori berikut:
Pemarkahan Juri
(a) Gaya dan Persembahan : 30 %
(b) Kreativiti : 30 %
(c) Kostum : 25 %
(d) Kerjasama : 15 %
----------
JUMLAH 100 %
iv. Undian penyokong akan diambil kira pada peringkat final sahaja. Pemarkahan pada peringkat saringan dan separuh akhir adalah 100% daripada para juri.
v. Undian penyokong adalah terdiri daripada jumlah bilangan undian daripada penyokong dengan setiap undian RM0.50
vi. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Yuran Penyertaan
Yuran penyertaan bagi setiap kumpulan adalah RM 150.00 (tunai)
Yuran penyertaan hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang penyertaan.
Hadiah Yang Ditawarkan
Pemenang-pemenang dalam Pertandingan “Revolution of Dance” akan memenangi hadiah seperti berikut:
Tempat Pertama (Johan)
Wang Tunai RM 1000.00
Plak
Sijil
Tempat Kedua (Naib Johan)
Wang Tunai RM 800.00
Plak
Sijil
Tempat Ketiga
Wang Tunai RM 600.00
Plak
Sijil
Sagu Hati
Wang tunai RM100.00
Sijil
Hadiah Kategori
‘Choreograhy’ Terbaik - Trofi
Kostum Terbaik – Trofi
Penari Terbaik – Trofi
Anugerah Popular – Trofi
*Setiap borang dan yuran penyertaan hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan pada atau sebelum 20 Ogos 2011.
Pertanyaan
Segala pertanyaan dan penyerahan borang penyertaan hendaklah diajukan kepada:
Urusetia
Pertandingan “Revolution of Dance”
Exco Penyelidikan, Inovasi Dan Keusahawanan
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011
Universiti Malaysia Perlis
No.Tel (h/p): Vijibalan A/L Kumaran 016-3520198
Walisah Laiji 013-4353475
0 comments:
Post a Comment