Saturday, July 23, 2011

Konvoi Konvo

PENGENALAN
“Konvoi Konvo” merupakan program untuk mempromosikan Festival Konvokesyen Ke-6 UniMAP dan menarik minat masyarakat sekitar Perlis dan Kedah untuk datang memeriahkan suasana di tapak festival. Program konvoi ini juga memberi pendedahan awal mengenai tentatif program konvokesyen yang akan diedarkan kepada masyarakat setempat. Selain itu, masyarakat juga dapat turut serta dalam pelbagai program yang dianjurkan sepanjang festival berlansung.

TUJUAN
1)      Mempromosikan Festival Konvokesyen Ke-6 UniMAP kepada mahasiswa dan masyarakat.
2)      Memperkenalkan UniMAP kepada masyarakat setempat.
3)      Menjemput siswa, siswi dan masyarakat setempat untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Festival Konvokesyen Ke-6 UniMAP

OBJEKTIF
1)      Meraikan Festival Konvokesyen Ke-6 UniMAP.
2)      Mengimplementasi “UniMAP Juara Perpaduan” dalam kalangan mahasiswa.
3)      Mempraktikkan kemahiran komunikasi antara pelajar universiti dengan orang awam.

ANJURAN
Majlis Perwakilan Pelajar  Sesi 2010/2011 dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis.

TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh              : 10 September 2011
Masa                : 7.00 pagi – 6.00 petang
Tempat             : Sekitar Negeri Perlis dan Kedah

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Exco Penerbitan, Publisiti dan Multimedia - Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2010/2011 | Best Web Hosting